Sejarah bahasa isyarat Bahasa_isyarat

Juan Pablo Bonet, [Reducción de las letras y arte para enseñar a hablar a los mudos] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (‘Reduction of letters and art for teaching mute people to speak’) (Madrid, 1620).

Salah satu rekod penulisan terawal bahasa isyarat berlaku pada abad ke lima BC, di Cratylus oleh Plato, di mana Socrates berkata: "Sekiranya kita tidak memiliki suara atau lidah, dan ingin menggambarkan sesuatu semasa sendiri, tidakkah kita akan cuba membuat isyarat dengan menggerakkan tangan, kepala, dan seluruh badan kita, sebagaimana mereka yang pekak lakukannya sekarang?" [3] Ia kelihatannya kelompok orang pekak telah menggunakan bahasa isyarat sepanjang sejarah.

Seperti bahasa tuturan, bahasa isyarat berbeza mengikut lokasi dan rantau. Namun, kefahaman menyaling adalah lebih mudah antara dua bahasa isyarat berbeza berbanding dengan dua bahasa pertuturan yang berbeza. Terdapat bahasa isyarat yang berjaya diiktiraf sebagai satu bahasa (seperti Bahasa Isyarat British) , bahasa rasmi (seperti Bahasa Isyarat New Zealand)dan Bahasa Isyarat Malaysia; ada juga bahasa isyarat masih belum mendapat pengiktirafan langsung.

Kemajuan bahasa isyarat di dunia boleh dibuktikan dengan kemunculan dan perkembangan dalam puisi bahasa isyarat dan juga persembahan pentas yang lain.

Di Malaysia, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi untuk Komuniti Pekak. Ianya telah mendapat persetujuan dari Ahli Dewan Rakyat dan termaktub dalam Akta OKU 2008.